Topic followed successfully
Go to BHkuBas terbakar di Woodlands, tiada orang cedera
Bas terbakar di Woodlands, tiada orang cedera
Bas terbakar di Woodlands, tiada orang cedera
Sebuah bas perkhidmatan awam terbakar dijilat api di luar Sekolah Rendah Woodgrove di Woodlands pada petang 5 Mei.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan berkenaan kejadian di Woodlands Avenue 1 itu sekitar 1.40 tengah hari.
Menurut SCDF, anggota bomba memadamkan api menggunakan jet air dan hos.
Pihak SCDF tidak mengesahkan berapa ramai penumpang berada dalam bas itu semasa waktu kejadian, tetapi mengesahkan bahawa tiada orang cedera.
Satu hantaran Facebook yang dimuat naik oleh netizen, Encik Raymond Lee, menunjukkan gambar bas tersebut yang hangus selepas kebakaran.
Dalam gambar itu juga, bas tersebut, yang mempunyai nombor pendaftaran SMB142J, kelihatan berada di perhentian bas berhampiran Sekolah Rendah Woodgrove.
Dalam gambar dimuat naik pengguna ‘vodka_supernova’ di laman web HardwareZone, bas itu kelihatan dijilat api dan diselubungi asap tebal.
Pihak SCDF berkata punca kebakaran masih disiasat.
Dalam hantaran Instagram beliau pada 5 Mei, Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan Woodgrove (Marsiling-Yew Tee GRC), Cik Hany Soh, berkata beliau sedang berhubung rapat dengan agensi berkaitan untuk menguruskan keadaan di kawasan tersebut.
