Dua ekor kuda terlepas di Pasir Ris Drive 3

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua ekor kuda terlepas di Pasir Ris Drive 3

Mar 3, 2026 | 5:36 PM

Dua ekor kuda terlepas di Pasir Ris Drive 3

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dalam rakaman video kuda-kuda tersebut, seekor kuda berwarna coklat  dan seekor kuda putih dapat dilihat sedang berlari di sepanjang jalan raya berhampiran Pasir Ris Drive 3.
Dalam rakaman video kuda-kuda tersebut, seekor kuda berwarna coklat dan seekor kuda putih dapat dilihat sedang berlari di sepanjang jalan raya berhampiran Pasir Ris Drive 3. - Foto PEMBACA ST

Dua ekor kuda dilihat menderap sepanjang jalan raya Pasir Ris pada 3 Mac, yang juga merupakan hari Tahun Kuda yang ke-15, sehinggakan trafik terhenti seketika pada tengah hari itu.

Dalam satu rakaman video yang turut menjadi viral di media sosial, seekor kuda berwarna coklat dan seekor kuda putih dilihat sedang berlari di jalan raya berhampiran Pasir Ris Drive 3.

Dalam satu klip video, kuda berwarna coklat itu dilihat sedang meragut rumput di tepi jalan raya.

Kedua-dua kuda itu juga dilihat menderap di tengah jalan raya menuju ke lampu isyarat sambil diikuti oleh motosikal dan kereta yang berada pada jarak yang selamat.

Sekitar dua jam selepas mereka melarikan diri, kuda-kuda tersebut telah kembali ke kandang, menurut kenyataan polis bagi menjawab pertanyaan media.

“Pegawai bertindak segera dan bekerjasama dengan kakitangan kandang untuk mengawal kuda-kuda tersebut dengan selamat. Kuda-kuda itu kemudiannya dikembalikan ke kandang mereka tanpa sebarang insiden,” tambah kenyataan polis tersebut.

Tarikh 3 Mac merupakan Chap Goh Mei, iaitu hari ke-15 Tahun Baru Cina yang jatuh pada 17 Februari, sekaligus menyambut Tahun Kuda dalam zodiak Cina.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg