Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Dua lelaki bantu padam api kereta terbakar bakal diiktiraf SCDF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Netizen
41363
0

Dua lelaki bantu padam api kereta terbakar bakal diiktiraf SCDF

Mar 13, 2024 | 06:28 PM



Apabila penduduk di sebuah blok di Admiralty Drive dikejutkan bunyi loceng api selepas sebuah kereta dipercayai terbakar di tempat letak kereta pada tengah malam 4 Mac, dua orang jiran, tanpa ragu-ragu telah bertindak untuk memadamkannya.

Bak kata pepatah ‘tidak semua wira memakai baju zirah,’ usaha berani dua lelaki berkenaan bakal diiktiraf Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Kejadian yang berlaku di tempat letak kereta Blok 467B, Admiralty Drive itu dikongsi kepada Berita Harian (BH) oleh seorang penduduk, Encik Muhammad Shakir Mohamad Juhaidi menerusi kiriman berita warganet, Mata-mata.


Encik Shakir, 29 tahun, berkata beliau baru sahaja hendak tidur apabila dikejutkan bunyi hon kereta yang berpanjangan sekitar 12.15 tengah malam, diikuti bunyi loceng kebakaran.

“Apabila saya buka tingkap, terdapat bau kebakaran yang berpunca dari tempat letak kereta,” katanya.

“Seluruh blok diselubungi asap,” tambahnya.







Encik Shakir kemudian turun ke tempat letak kereta di Blok 467B itu bersama isterinya dan mendapati sebuah kereta yang terbakar.

Setiba mereka di tempat letak kereta, terdapat seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek, kelihatan memadamkan api tersebut dengan menggunakan paip air bomba.

Lelaki tersebut dikenal pasti sebagai Encik Fahil Ashraff, seorang penduduk di kawasan itu dan seorang pemilik perniagaan logistik.

Beliau dibantu oleh seorang lagi penduduk, yang pernah menyandang jawatan sebagai pegawai bomba ketika menjalani Perkhidmatan Negara (NS), Encik Iqmal Hafiz Othman, 23 tahun.







Encik Fahil, 35 tahun, berkata, beliau sedang berbaring di katilnya apabila kedengaran bunyi loceng itu dan kemudian mendapati asap putih yang berpunca dari tempat letak kereta itu telah naik hingga ke dapurnya.

Dengan segera, beliau menelefon SCDF untuk melaporkan kejadian itu.

Bimbang terhadap kemungkinan api itu merebak pada kenderaan lain, beliau, tanpa berbaju, dengan segera turun ke tempat letak kereta itu untuk menilai keadaan.

Sementara itu, Encik Iqmal pula bergegas ke tempat tempat letak kereta itu, sejurus beliau terhidu bau asap dan mendapati ada cahaya berwarna oren berpunca daripada tempat kejadian yang menandakan satu kebakaran sedang berlaku.

“Sebab dahulu saya pernah memikul tugas sebagai seorang pegawai bomba, tindakan pertama saya adalah untuk pergi ke tempat kejadian dan mengenal pasti lokasi paip air bomba terdekat,” kata Encik Iqmal.

Beliau kemudian berupaya mendapat akses ke paip air bomba itu, dan menyerahkan getah paip itu kepada Encik Fahil.

Selepas Encik Iqmal membuka saluran air paip tersebut, Encik Fahil cuba memadamkan api itu sebaik mungkin.

“Saya kira ia naluri saya untuk bertindak dengan segera agar kebakaran itu dapat dikawal secepat mungkin sebelum ia merosakkan harta benda awam lain,” kata Encik Fahil.

“Sudah tentu saya rasa sedikit takut, tetapi saya terpaksa memberanikan diri,” tulisnya lagi kepada wartawan menerusi WhatsApp.

Encik Fahil berkata SCDF tiba di tempat kejadian sekitar 10 minit selepas panggilannya.







SCDF dalam kenyataannya kepada BH, berkata ia menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada 12.25 tengah malam.

Tiada kecederaan dilaporkan, kata SCDF.

Ia menambah, kebakaran itu, yang melibatkan sebuah kereta, dipadamkan SCDF menerusi paip air dan siasatan terhadap punca kebakaran sedang dijalankan.

SCDF berkata ia difahamkan beberapa orang awam telah cuba memadamkan api tersebut sebelum SCDF tiba di tempat kejadian.

“SCDF akan menghubungi mereka untuk memberi pengiktirafan atas tindakan mereka,” kata SCDF lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >