Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat diberkas, dua murid dihantar ke NUH dek nahas di Bukit Timah

Mar 6, 2024 | 4:00 PM
Dalam nahas pada pagi 6 Mac itu, sebuah bas sekolah remuk sementara sebuah kereta terbakar. Pemandu kereta itu dan tiga penumpangnya diberkas bagi beberapa kesalahan.
Dalam nahas pada pagi 6 Mac itu, sebuah bas sekolah remuk sementara sebuah kereta terbakar. Pemandu kereta itu dan tiga penumpangnya diberkas bagi beberapa kesalahan. - Foto ST, INSTAGRAM SGFOLLOWSALL

Dua kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun dikejarkan ke hospital selepas bas sekolah yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Bukit Timah Road pada 6 Mac.

Pelanggaran di luar kondominium Royalgreen itu menyebabkan bas berkenaan remuk dan kereta tersebut terbakar.

Pemandu serta tiga penumpang kereta itu, berusia 22 hingga 32 tahun, turut dikejarkan ke hospital.

Ketiga-tiga penumpang kereta itu diberkas bagi beberapa kesalahan, termasuk melanggar undang-undang trafik, manakala si pemandu di pemandu kereta ditangkap kerana enggan menjalani ujian pernafasan di bawah Akta Jalan Raya.

Menurut The Straits Times (ST), bas itu dinaiki empat pelajar Sekolah Ango-Chinese (Junior) sewaktu kemalangan tersebut.

Guru besar sekolah itu berkata kepada ST dua daripada murid itu dibawa pulang oleh ibu bapa mereka selepas diperiksa paramedik, sementara dua dikejarkan ke hospital kerana kecederaan ringan.

Mereka telah diizin keluar dari hospital.

Kemalangan itu menarik perhatian ramai selepas beberapa video kejadian itu tular di media sosial.

Antara video itu ada yang menunjukkan sebuah bas sekolah berwarna putih remuk dan kedua-dua roda dan gandar depannya tercabut dan terpisah beberapa meter dari bas itu.

Kereta itu pula terbakar di tepi jalan.

Pelbagai barang, termasuk fail, kertas dan buku sekolah, bersepah di atas jalan raya.

Roda dan gandar bas terbabit kelihatan tercabut selepas kemalangan itu.
Roda dan gandar bas terbabit kelihatan tercabut selepas kemalangan itu. - Foto ST

Polis dalam kenyataannya berkata ia menerima laporan berkenaan kemalangan di Bukit Timah Road arah ke Upper Bukit Timah Road itu sekitar 6 pagi.

Kereta itu terbakar selepas pelanggaran tersebut. Kebakaran itu dipadamkan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan jet air.

SCDF mengesahkan enam individu dibawa ke Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH), sementara seorang disahkan menghadapi kecederaan ringan tetapi enggan pergi ke hospital.

Pegawai SCDF kelihatan memeriksa bangkai kereta yang terbakar selepas kemalangan berlaku di Bukit Timah Road pada 6 Mac.
Pegawai SCDF kelihatan memeriksa bangkai kereta yang terbakar selepas kemalangan berlaku di Bukit Timah Road pada 6 Mac. - Foto ST

Menurut polis, setiba di lokasi kejadian pegawainya menarik keluar dua penumpang – wanita berusia 32 tahun dan lelaki berusia 27 tahun – dari kereta terbabit.

Mereka dan seorang lagi penumpang lelaki, 22 tahun, kemudian ditangkap atas beberapa kesalahan berkaitan trafik.

Pemandu kereta itu, lelaki berusia 26 tahun, ditangkap kerana gagal menjalani ujian pernafasan bagi memeriksa paras alkohol dalam tubuhnya.

Siasatan sedang dijalankan, kata polis.

View post on Instagram
 

Sementara itu, tinjauan ST pada 9 pagi, mendapati satu tiang lampu jalan raya di tempat kejadian, terjatuh.

Dua daripada tiga laluan di Bukit Timah Road pula ditutup.

Kawasan itu dikepung sehingga persimpangan dengan Sixth Avenue, sekitar 100 meter dari tempat kejadian dan pejalan kaki, serta penduduk Kondominium RoyalGreen tidak dibenarkan lalu di kawasan itu.

SBS Transit dalam satu kenyataan di Facebook sekitar 9 pagi berkata, khidmat bas nombor 74, 151, 154, 156, 157, 170, 174 dan 852 mengalami kelewatan di Bukit Timah Road menuju ke Clementi Road disebabkan satu kemalangan.

Keadaan lalu-lintas kelihatan sesak di Bukit Timah Road akibat satu kemalangan melibatkan sebuah bas sekolah dan sebuah kereta.
Keadaan lalu-lintas kelihatan sesak di Bukit Timah Road akibat satu kemalangan melibatkan sebuah bas sekolah dan sebuah kereta. - Foto ST
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg