SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

‘Duit Raya $2? Lebih baik jangan beri’: Luahan ibu tunggal undang kecaman netizen

‘Duit Raya $2? Lebih baik jangan beri’: Luahan ibu tunggal undang kecaman netizen

Apr 6, 2026 | 5:42 PM

‘Duit Raya $2? Lebih baik jangan beri’: Luahan ibu tunggal undang kecaman netizen

duit Raya, ibu tunggal, kecaman netizen
Isu duit raya $2 hangat diperkatakan apabila seorang ibu tunggal dan pengguna TikTok bersuara bahawa beliau tidak puas hati anaknya mendapat $2 pada zaman sekarang. - Foto BH oleh RUBIAH MOHD

Adakah duit Raya $2 terlalu sedikit?

Kecoh di media sosial apabila seorang ibu tunggal kepada lima anak memuat naik video di TikTok, meluahkan rasa tidak puas hati apabila anak-anaknya menerima sampul Raya berisi $2, yang disifatkannya sebagai tidak memadai untuk “zaman sekarang”.

“Ini bukan zaman 90-an. Kalau yang tua-tua, nenek-nenek tak kisah, tapi yang muda-muda, kerjanya bagus-bagus, hanya beri $2? Kalau begitu, lebih baik tak perlu beri,” kata pengguna TikTok yang dikenali sebagai @schastarz dalam video yang dimuat naik pada 3 April.

Pengguna itu dipercayai tinggal di kawasan rumah sewa Lengkok Bahru, tidak mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan menjalankan perniagaan barang kemas dari rumah.

“Sakit hati juga bila pergi beraya bawa anak-anak, tapi semua dapat $2. $2 pun tak cukup untuk beli nasi ayam. Kalau aku tahu siapa yang beri anak aku $2, aku akan ‘pangkah’ terus,” katanya lagi.

Video tersebut telah ditonton lebih 203,000 kali dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Kebanyakannya tidak bersetuju dengan pandangan wanita itu, malah menyifatkannya sebagai tidak bersyukur.

Perbincangan itu turut dibawa ke wadah Threads.

Seorang pengguna, @nshaax___, berkata beliau secara peribadi memberi lebih daripada $2 kerana berkemampuan, namun tidak bersetuju dengan sikap memperlekehkan jumlah tersebut.

“Zaman sekarang ramai yang susah, dan bila orang masih berusaha untuk memberi, itu sendiri sudah bermakna. $2 pun nak merungut… kau sendiri bagi berapa?” tulisnya.

Seorang pengguna Threads, @askmichellelee, turut berkongsi pandangan bahawa jumlah yang diberi sering mencerminkan kemampuan pemberi, bukan nilai penerima.

“Sampul merah atau hijau bukan gaji, subsidi atau bantuan sosial. Ia adalah pemberian ikhlas – simbol, doa dan berkat.

“Apabila kita mula mengukur keikhlasan dengan jumlah wang, secara tidak langsung kita menukar hubungan menjadi transaksi,” katanya.

Beliau turut berkata bagi mereka yang menghadapi kesukaran kewangan, isu sebenar bukanlah pada jumlah kecil seperti $2, tetapi berkait dengan faktor lebih besar seperti pendapatan, sokongan, perancangan dan masyarakat.

Berita Harian (BH) telah menghubungi @schastarz untuk mendapatkan komen lanjut, namun belum menerima sebarang respons setakat artikel ini ditulis.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg