Topik diikuti
Pergi ke BHku‘Industri ini kejam’: Kafe Working Title ucap selamat tinggal
‘Industri ini kejam’: Kafe Working Title ucap selamat tinggal
‘Industri ini kejam’: Kafe Working Title ucap selamat tinggal
Pencinta hidangan ‘brunch’ dan kopi, kini harus mengucapkan selamat tinggal kepada Working Title, jenama setempat terbaru yang mengumumkan akan menamatkan operasinya pada 30 April selepas 13 tahun beroperasi.
Kafe tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan The Black Hole Group.
Terletak di Maktab Seni Lasalle, Working Title berkongsi berita itu melalui Instagram pada 21 April serta memaklumkan ia akan terus menyajikan menu hingga hari terakhirnya.
Menurut hantaran tersebut, pihak kafe turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan yang telah monyokong mereka selama ini.
“Industri ini ‘kejam’, kami sentiasa tahu perkara itu. Kami cuma menyangka kami pengecualian,” jelas mereka di Instagram.
Di ruangan komen pula, ramai netizen yang turut meluahkan rasa kecewa atas penutupan itu, selain bertanya mengenai punca di sebalik keputusan tersebut.
Sepanjang operasinya, Working Title dikenali sebagai antara kafe gaya moden di Singapura, dengan penawaran seperti pilihan kopi istimewa serta burger yang menjadi tarikan pelanggan.
Terdahulu, Working Title menutup operasi cawangan mereka di North Bridge pada 30 July 2023 sebelum berpindah ke Lasalle.
Sebelum ini, kafe Penny University juga mengumumkan bakal menutup cawangannya di Jalan Klapa pada 3 Mei.
