Kucing ‘terpaling’ glamour: Sertai peraduan foto Raya BH Mata-mata!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kucing ‘terpaling’ glamour: Sertai peraduan foto Raya BH Mata-mata!

Setiap sertaan akan menerima baucar $35 untuk sesi dandanan kucing dari Cats Garage.
Mar 17, 2026 | 12:01 PM

Kucing ‘terpaling’ glamour: Sertai peraduan foto Raya BH Mata-mata!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Hantarkan gambar kucing anda bergaya dengan baju raya tahun ini dan berpeluang menangi hadiah menarik untuk anda dan kucing anda!
Hantarkan gambar kucing anda bergaya dengan baju raya tahun ini dan berpeluang menangi hadiah menarik untuk anda dan kucing anda! - Foto RUBIAH MOHD

Warna apa baju Raya anda tahun ini?

Bagi yang belum membeli, pasti ada yang masih sibuk mencari tema sedondon untuk seisi keluarga.

Namun tahun ini, ruangan Mata-Mata #bhmata Berita Harian ingin mengajak anda berkongsi sesuatu yang sedikit berbeza.

Bukan gambar keluarga anda, tetapi gambar “si manja” yang ingin tumpang glamour... iaitu kucing kesayangan anda!

Berikut cara penyertaan:

- Pakaikan kucing anda busana tradisional yang paling comel, segak, atau cantik.

- Petik gambar jelas dan mencuri perhatian.

- Kirimkan foto tersebut ke nombor WhatsApp Berita Harian di 9769-9414.

- Sertakan nama anda dan nama kucing kesayangan anda.

Siapa tahu, kucing anda mungkin menjadi antara yang paling mencuri perhatian Raya ini!

Gambar kucing yang dipilih sebagai yang ‘terpaling’ kacak atau lawa berpeluang memenangi satu sesi dandanan kucing serta baucar bernilai $184.

Penggunaan gambar janaan kecerdasan buatan (AI) tidak dibenarkan sama sekali dan akan dibatalkan penyertaannya.

Tempoh peraduan berlangsung dari 17 Mac hingga 15 April 2026.

👀 Apa itu Mata-Mata?

Platform baru Berita Harian untuk anda jadi wartawan kejiranan.

📸: Ada sesuatu yang menarik perhatian anda?

👉🏼: Kongsi dengan kami – guna hashtag #bhmata, e-mel bhmata@sph.com.sg atau WhatsApp ke 9769-9414

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg