Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki 62 tahun maut selepas jatuh dari tempat tinggi di Toa Payoh
Seorang lelaki berusia 62 tahun meninggal dunia di kaki Blok 205 Toa Payoh North pada 31 Ogos, selepas polis dimaklumkan mengenai satu kes jatuh dari tempat tinggi.
Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar 2.05 petang.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), lelaki tersebut ditemui dalam keadaan tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Ketika BH tiba di tempat kejadian, sebuah khemah biru dilihat didirikan di kolong blok tersebut.
Berdasarkan siasatan awal, polis berkata mereka tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.
Siasatan polis masih dijalankan.
