Lori terbakar di BKE, pemandu cemas
Mar 24, 2024 | 1:00 PM
Para pemandu cemas seketika apabila melihat lori terbakar di ekspreswe BKE. - Foto oleh RAIHANAH MOHD SAID
Pembaca Berita Harian, Cik Raihanah Mohd Said sedang memandu pulang di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) yang menuju ke Bukit Panjang pada 23 Mac apabila terlihat sebuah lori dijilat api yang sedang marak.
Berkongsi pengalamannya dalam kirimannya kepada mata-mata, Cik Raihanah berkata beliau merasa agak cemas apabila menyaksikan lori itu terbakar di bahu jalan ekspreswe dalam kejadian sekitar pada sekitar 4.45 petang.
Pada masa itu, belum kelihatan bomba atau sebarang bantuan diberikan kepada pemandu lori, yang juga tidak kelihatan.
Laporan berkaitan
Dua lelaki bantu padam api kereta terbakar bakal diiktiraf SCDFMar 13, 2024 | 6:28 PM
Kongsi berita, video dan foto menarikFeb 26, 2024 | 1:23 PM

