Berita Netizen
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas berantai CTE: Pemandu teksi dan penumpang selamat, sudah keluar hospital

Jan 8, 2026 | 3:07 PM
Kemalangan berantai melibatkan tiga kereta dan sebuah teksi sepanjang Ekspreswe Central (CTE) menghala ke Ekspreswe Seletar (SLE) pada 6 Januari sekitar 7.20 malam telah menyaksikan empat orang digegaskan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Kemalangan berantai melibatkan tiga kereta dan sebuah teksi sepanjang Ekspreswe Central (CTE) menghala ke Ekspreswe Seletar (SLE) pada 6 Januari sekitar 7.20 malam telah menyaksikan empat orang digegaskan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH). - Foto ST

Tindakan sebuah kenderaan berhenti secara mengejut dipercayai menjadi punca kemalangan berantai melibatkan tiga kereta dan sebuah teksi di Ekspreswe Central (CTE) sekitar 7.20 pada pada 6 Januari lalu.

Seramai empat orang dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) akibat kejadian tersebut.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, jurucakap ComfortDelgro berkata pada 8 Januari: “Kami dimaklumkan bahawa salah seorang pemandu teksi kami terlibat dalam kemalangan berantai apabila kenderaan di depannya berhenti secara tiba-tiba.”

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan bahawa mangsa yang terlibat merangkumi seorang pemandu teksi lelaki berusia 69 tahun, penumpang teksi lelaki berusia 49 tahun, seorang pemandu kereta lelaki berusia 54 tahun dan penumpang wanita berusia 27 tahun.

Jurucakap SPF berkata seorang pemandu lelaki berusia 42 tahun sedang membantu dalam siasatan berkaitan kemalangan tersebut. Siasatan masih dijalankan, kata jurucakap itu lagi.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), nahas tersebut berlaku di susur keluar dari CTE, menghala ke Ekspreswe Seletar (SLE), selepas Jalan Bahagia.

Meskipun gambar di lokasi menunjukkan kerosakan teruk pada kenderaan, ComfortDelGro mengesahkan bahawa pemandu dan penumpang mereka telah pun dibenarkan keluar hospital.

“Pemandu kami dan seorang penumpang mengalami kecederaan dan telah segera dikejarkan ke hospital. Kedua-duanya telah pun dibenarkan pulang.

“Kesejahteraan mereka adalah keutamaan kami dan kami sedang berhubung rapat dengan mereka untuk memberikan sokongan. ComfortDelGro akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam siasatan mereka,” tambah jurucakap itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg