Berita Netizen
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pempengaruh M’sia jelas sebalik hasil video promosi S’pura

Dec 11, 2025 | 6:03 PM
Video rekaan pempengaruh Sofyank, yang pakar dalam videografi digital, mempromosi Singapura tular di media sosial dan mendapat lebih 1 juta tontonan.
Video rekaan pempengaruh Sofyank, yang pakar dalam videografi digital, mempromosi Singapura tular di media sosial dan mendapat lebih 1 juta tontonan. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK @SOFYANK

Pempengaruh Malaysia yang menjadi bahan perdebatan di media sosial kerana menghasilkan video mempromosikan Singapura, telah tampil memberikan penjelasan di sebalik video yang tular itu.

Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah memberi penjelasan dalam satu muatan video di TikTok pada 9 Disember, menjelaskan tawaran menghasilkan video yang diterimanya dari Singapura, sekaligus meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau berhasrat untuk menghasilkan video tentang tanahairnya jika diberi peluang.

Dalam video penjelasannya Sofian berkata bahawa projek berkonsepkan kesan visual (VFX) untuk video perjalanan adalah idea yang sudah lama ingin beliau realisasikan.

“Sejujurnya saya dah lama hendak buat video travel yang berkonsepkan vfx (efek visual) dan pada tahun ini mendapat peluang, dan terus mengajak kawan saya Shaffuan dan kawan-kawan lain untuk bersama-sama menghasilkan video itu,” katanya.

Beliau turut berkongsi proses pembikinan video yang melibatkan perancangan awal seperti mendapatkan sudut penggambaran di Singapura dan memerlukan tiga hari untuk diselesaikan.

Pempengaruh itu turut secara langsung menjawab soalan netizen mengenai potensi untuk menghasilkan video yang mempromosikan Malaysia.

Sofyank menegaskan kebanggaannya sebagai rakyat Malaysia dan kesediaannya untuk menyumbang kepada negara sendiri.

“Semestinya nak (buat video di Malaysia), saya bangga sangat-sangat lahir di Malaysia, dan perjalanan saya dari dulu hingga sekarang sentiasa diiringi oleh sokongan rakyat Malaysia. Sekiranya diberi peluang dan ruang, saya akan buat yang terbaik untuk Malaysia,” ujar Sofian.

Meninjau ruangan komen, majoriti netizen memberikan sokongan penuh kepada Sofyank, mendoakan kejayaannya, dan berpendapat beliau tidak perlu pun memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut kapsyen di video selama 1 minit 14 saat yang tular itu, difahamkan projek tersebut ditaja oleh inisiatif “Passion Made Possible” yang dilancarkan bersama oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dengan Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB).

Sejauh ini, video itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan di TikTok, dengan ramai memuji bakatnya dalam bidang video dan sinematografi.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg