Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenumpang bas 972 terkandas dua kali di PIE setelah bas rosak berturut-turut
Penumpang bas 972 terkandas dua kali di PIE setelah bas rosak berturut-turut
Penumpang bas 972 terkandas dua kali di PIE setelah bas rosak berturut-turut
Bayangkan sedang dalam perjalanan ke kerja, namun bas yang dinaiki tiba-tiba terhenti di Ekspreswe Rentas-Pulau (PIE) kerana masalah teknikal.
Tetapi setelah menaiki bas ‘penyelamat’, bas tersebut pun mengalami kerosakan.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah pengalaman pengguna TikTok ‘kj0509jk’ yang telah memuat naik pengalamannya menaiki bas 972 pada 10 Jun sekitar 11.45 pagi.
Laluan bas 972 merupakan antara perkhidmatan pengangkutan awam yang sibuk, menghubungkan kawasan perumahan Bukit Panjang terus ke kawasan bandar seperti Orchard Road dan Dhoby Ghaut melalui lebuh raya Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan PIE.
Dalam TikToknya, beliau menunjukkan detik-detik penumpang yang terpaksa turun daripada bas itu di lebuhraya tersebut.
Namun, selepas menaiki bas kedua yang dihantar untuk mengambil penumpang terkandas, ia turut mengalami kerosakan, dan mereka terpaksa menunggu untuk menaiki bas yang ketiga.
Setakat ini, TikTok itu telah meraih lebih 132,000 tontonan dan menerima lebih 6,000 tanda suka.
Ruang komen juga menerima pelbagai reaksi warganet yang bersimpati dan terhibur dengan nasib penumpang-penumpang yang terbabit.
Seorang pengguna TikTok, ‘Dustbox’ berkata: “Saya tidak pernah mengalami kejadian bus rosak sebelum ini, tetapi anda pula melaluinya dua kali sehari.”
Pengguna ‘F K R N E’ pula meninggalkan komen: “Malang berganda.”
Berita Harian (BH) telah menghubungi SMRT untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.
