Polis sedang meminta bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai keberadaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Sarah Fitriyana Abdullah.

Dalam kenyataan polis pada 17 Mei, Sarah kali terakhir dilihat dalam seragam sekolahnya dengan baju dan skirt berwarna biru gelap di sekitar 1 Toa Payoh North pada 11 Mei 2026 kira-kira 7.20 pagi.

Pembaca Stomp yang juga ibu kepada remaja hilang itu, Cik Nurshafika, memberitahu laman web kewartawanan warga tersebut bahawa anaknya telah memesan perjalanan Grab ke Sekolah Menengah Beatty.

“Guru memaklumkan bahawa Sarah telah diturunkan di luar sekolah pada 7.21 pagi dan kemudiannya dilihat oleh seorang guru menaiki bas perkhidmatan 73.

“Dia masih belum pulang ke rumah,” kata Cik Nurshafikah kepada Stomp.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian polis pada 1800-255-0000 atau memberi maklumat dalam talian menerusi www.police.gov.sg/i-witness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.