Dua remaja yang sebelum ini dilaporkan hilang telah ditemui, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada pagi 29 April.

El Amrithanjalih, 14 tahun, dan Daeng Nur’adriani Daeng Muhammad Fairus, 13 tahun, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di 9 Pasir Ris Drive 6 pada 27 April sekitar jam 12.05 tengah hari, menurut kenyataan polis pada 28 April.