Raja Razie syukur selamat tiba di S’pura, hargai sokongan yang diberi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raja Razie syukur selamat tiba di S’pura, hargai sokongan yang diberi

Mar 10, 2026 | 5:03 PM

Raja Razie syukur selamat tiba di S’pura, hargai sokongan yang diberi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
(dari kanan) Encik Raja Razie dan isterinya, Cik Nursyah Amran telah selamat tiba di Singapura dengan pertolongan Cik Tisha Salim dan suaminya, Encik Shah.
(dari kanan) Encik Raja Razie dan isterinya, Cik Nursyah Amran telah selamat tiba di Singapura dengan pertolongan Cik Tisha Salim dan suaminya, Encik Shah. - Foto ihsan RAJA RAZIE

Pempengaruh tempatan, Encik Raja Razie dan isterinya, Cik Nursyah Amran telah selamat tiba di Singapura pada 3.30 pagi, 9 Mac selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka di Seremban, Malaysia.

Pasangan tersebut, yang dipercayai mengalami kecederaan ringan, meluahkan kesyukuran dan kelegaan mereka di media sosial.

Dalam satu perkongsian di Instagram pada 10 Mac, Encik Razie mengucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri, Encik Shah Yusof dan Cik Tisha Salim kerana menghulurkan bantuan membawa beliau dan isterinya pulang ke Singapura.

View post on Instagram
 

Menurut Encik Razie, ramai yang menghubunginya melalui mesej dan panggilan telefon untuk bertanya bagaimana mereka akan pulang ke rumah.

Malah ada yang menawarkan untuk menghantar mereka pulang atau membeli tiket kapal terbang untuk mereka.

Cik Nursyah mengakui bahawa beliau masih mengalami sedikit trauma akibat kemalangan tersebut, bahkan peristiwa itu masih menghantui fikirannya.

“Apabila saya keseorangan, saya terfikir balik tentang kemalangan itu, nak tidur pun kadangkala sukar,” ujarnya.

Pasangan tersebut juga masih mengalami rasa sakit pada seluruh badan.

Menurut mereka, ahli keluarga, termasuk empat orang anak mereka yang berusia antara 17 dengan 9 tahun, hanya dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut sehari selepas kejadian.

“Anak-anak tetap kuat demi kami meskipun menerima khabar tersebut. Mereka juga membuat panggilan video untuk bertanya khabar,” kata Encik Razie.

Beliau turut mengungkapkan bahawa pelukan pertama anak-anak yang menyambut mereka di rumah sangat menyentuh hati dan mencetuskan rasa syukur dalam dirinya kerana diberi peluang kedua untuk hidup.

Pengasas RR Unscripted itu berkata laporan polis sudah dibuat di Seremban mengenai kemalangan itu dan siasatan masih lagi dijalankan.

Kereta SUV yang dipandunya kini berada di Singapura dan akan disekerap.

“Ramai yang memberi kata-kata semangat, termasuk para peminat dan juga guru-guru sekolah anak-anak yang memastikan kesejahteraan kami dan keluarga,” tambahnya.

Sementara itu, warga Singapura, Cik Tisha Salim berkongsi kepada BH bahawa beliau terkejut melihat gambar kereta Encik Razie yang hancur remuk dalam hantaran di Instagram.

Ketika itu, beliau sedang berjalan-jalan di Absolute Bazaar yang berlangsung di Expo.

“Tanpa ragu-ragu, saya dan suami terus menghubungi Razie dan Nursyah untuk bertanya jika mereka memerlukan bantuan untuk pulang ke Singapura,” katanya.

Menurut Cik Tisha, mereka bertolak ke Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi pada hari Ahad.

“Kami tidak terus pulang apabila tiba di KL, sebaliknya meluangkan masa untuk ‘lepak’ bersama mereka, mendengar luahan hati dan memberi ruang kepada pasangan tersebut untuk bertenang.”

“Alhamdulillah saya lega dapat membantu mereka dan mereka juga tidak mengalami kecederaan yang serius,” jelas Cik Tisha yang mengenali pasangan itu sejak Encik Razie bertugas di stesen radio dahulu.

Encik Razie meluahkan penghargaan kepada orang ramai atas keprihatinan terhadap perkembangan beliau dan isterinya.

Pada 6 Mac lalu, Encik Razie dan Cik Nursyah terlibat dalam kemalangan di lebuhraya sekitar Seremban sehingga kereta SUV yang dipandu itu tergolek beberapa kali dan tercampak ke laluan bertentangan.

Setakat ini, Encik Razie dan isterinya masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan penuh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg