Sanggup masuk longkang selamatkan empat ekor anak ayam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sanggup masuk longkang selamatkan empat ekor anak ayam

Jan 27, 2026 | 4:21 PM

Sanggup masuk longkang selamatkan empat ekor anak ayam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Yishun, longkang, anak ayam, Zameer Serlan, chicks, drain
Kesemuanya Encik Zameer berjaya selamatkan empat ekor anak ayam dari dalam longkang setelah mereka terpisah daripada ibunya. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM @awkwardrealtor

Masuk keluar longkang merupakan permainan biasa bagi anak kampung.

Namun bagi Encik Zameer Serlan, yang merupakan seorang ejen hartanah ia bukan perkara biasa.

Sebaliknya beliau yang berusia 36 tahun berbuat demikian atas sebab ingin menyelamatkan empat ekor anak ayam yang terperangkap dalam longkang di salah satu kawasan estet perumahan di Yishun pada 25 Januari lalu.

Menceritakan insiden tersebut, Encik Zameer, yang juga suami kepada pempengaruh media sosial terkenal, Cik Pamela Lee Shuhada, berkata beliau sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar ibu mentuanya ke kelas agama dan membelikan makan tengah hari buat isterinya.

Secara kebetulan beliau sedang melintasi lokasi dan waktu yang tepat bagi melakukan misi menyelamatkan anak-anak ayam itu.

Semasa ditemuramah wartawan menerusi WhatsApp, Encik Zameer menceritakan beliau terdengar seekor ayam yang berkokok kuat selain bunyi beberapa ekor anak ayam di kawasan tersebut.

View post on Instagram
 

“Saya buat keputusan untuk mencari punca bunyi ayam-ayam tersebut.

“Pada masa itulah saya nampak seekor anak ayam di dalam longkang, dan apabila saya melihat lebih dalam, saya nampak seekor lagi. Semuanya seolah-olah sedang menjerit meminta tolong,” kata Encik Zameer kepada wartawan Berita Harian (BH).

Sebelum memulakan operasi menyelamat itu, Encik Zameer sempat naik ke rumahnya untuk meletakkan semua barang dan makanan sebelum turun semula untuk menyelamatkan dua ekor anak ayam itu.

“Anak ayam yang pertama berada di bahagian longkang yang tidak begitu dalam, jadi ia agak mudah sedikit untuk diselamatkan. Anak ayam yang kedua pula terjatuh lebih jauh ke dalam bahagian longkang yang lebih dalam. Saya terpaksa turun ke dalam longkang itu untuk menyelamatkannya,” terang Encik Zameer yang menjalankan misi itu seorang diri.

Beliau kemudian kembali turun semula buat kali kedua apabila mendengar bunyi beberapa ekor lagi anak ayam.

Semasa masuk ke longkang tersebut, beliau berjaya membawa keluar baki dua anak ayam lain.

“Kesemuanya saya berjaya menyelamatkan empat ekor anak ayam,” tambahnya lagi.

Menyifatkan kejadian itu sebagai ketentuan Tuhan, Encik Zameer menjelaskan bahawa haiwan liar yang hidup di kawasan bandar mungkin sukar untuk menyelamatkan diri daripada rintangan buatan manusia seperti longkang.

Lantas beliau berasa bertanggungjawab untuk membantu, apatah lagi melihat keadaan ayam-ayam tersebut.

Anak-anak ayam itu kemudian dibawa pulang oleh Encik Zameer kerana beliau gagal mencari ibu anak-anak ayam itu.

Kisah mencuit hati ini menjadi tular selepas rakaman aksi tersebut dimuat naik ke media sosial, di mana video Encik Zameer mencecah 103,000 tontonan.

Dalam masa yang sama, isterinya, Cik Lee, turut berkongsi video memaparkan beliau menyuap makanan terus ke mulut anak-anak ayam itu. Video tersebut turut mendapat sambutan lebih 40,800 tontonan.

Difahamkan, selepas memastikan keadaan anak-anak ayam itu stabil dan diberi makan, pasangan suami isteri tersebut membawa anak-anak ayam itu turun semula ke kawasan bawah blok pada sebelah petang yang sama dan kelihatan seperti berjaya disatukan kembali dengan ibu mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg