Topic followed successfully
Go to BHku‘Saya dah move on’: Cik Lan enggan masuk campur isu MangoBossKu, minta henti hubunginya
‘Saya dah move on’: Cik Lan enggan masuk campur isu MangoBossKu, minta henti hubunginya
‘Saya dah move on’: Cik Lan enggan masuk campur isu MangoBossKu, minta henti hubunginya
Penghibur tempatan Roslan Shah, yang mesra dengan panggilan Cik Lan, tampil bersuara bahawa beliau ingin menjauhkan diri daripada kontroversi melibatkan MangoBossKu yang sedang hangat diperkatakan.
Menerusi satu hantaran di Instagram pada 8 Mei, personaliti media sosial itu menegaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam kemelut berkenaan yang membabitkan usahawan dan pempengaruh MangoBossKu, atau nama sebenarnya, Mohammad Hussin Said.
Kontroversi itu tercetus selepas laporan media pada 7 Mei mendedahkan bahawa MangoBossKu dikaitkan dengan siasatan polis berhubung satu video tular yang memaparkan seorang pemilik restoran terkenal diugut dan dipaksa menanggalkan pakaian.
Dalam hantaran sama, Cik Lan turut meminta orang ramai supaya berhenti menghubunginya mengenai isu tersebut kerana beliau enggan masuk campur urusan berkenaan dan mengakui dirinya sudah “move on” (meneruskan hidup).
“Cik Lan lebih sibuk dengan kerja-kerja Cik Lan yang mendatangkan faedah,” katanya di media sosial.
Ketika dihubungi BH pula, Cik Lan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi itu.
“Harap maaf Cik Lan tak masuk campur hal ini,” katanya yang berusia 55 tahun.
Sebelum ini, Cik Lan sering dikaitkan dengan MangoBossKu sebagai rakan kolaborasi, khususnya dalam penciptaan kandungan atau program ‘Night Walk’ anjuran MBK Film Studio bersama barisan artis, melalui video siaran langsung yang dimuat naik di YouTube.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Cik Lan dilihat membawa haluan sendiri apabila menubuhkan platform ‘Adik-Adik Entertainments’ yang kini turut menghasilkan kandungan ‘Night Walk’, namun tanpa kerjasama MangoBossKu.
Malah, di media sosial juga, kedua-dua mereka tidak lagi kelihatan bekerjasama seperti sebelum ini.
Pada 8 Mei, pasukan pengurusan hubungan awam MangoBossKu telah mengeluarkan kenyataan menyusuli penyebaran meluas video selama 56 saat di aplikasi perbualan WhatsApp.
Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan “meminta orang awam agar elak daripada spekulasi, gangguan atau penyebaran maklumat yang tidak sahih.”

