SGFR anjur tarawih untuk belia di Masjid Sultan, bakal agih snek ‘viral’ percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SGFR anjur tarawih untuk belia di Masjid Sultan, bakal agih snek ‘viral’ percuma

Mar 12, 2026 | 5:10 PM

SGFR anjur tarawih untuk belia di Masjid Sultan, bakal agih snek ‘viral’ percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SGFR membawa Terawih4Youth kali ke-4 ini di Masjid Sultan dengan barisan pempengaruh media sosial serta pelakon popular seperti Datuk Adi Putra bagi memeriahkan lagi acara.
SGFR membawa Terawih4Youth kali ke-4 ini di Masjid Sultan dengan barisan pempengaruh media sosial serta pelakon popular seperti Datuk Adi Putra bagi memeriahkan lagi acara. - Foto SGFR

Kedai snek tempatan, SGFR, bakal kembali dengan edisi ke-4 #Terawih4Youth, kali ini di Masjid Sultan pada 14 Mac.

SGFR, yang kini mempunyai lapan gerai di serata Singapura, akan mengagihkan beberapa snek bernilai lebih $30,000 untuk melibatkan golongan muda dalam semangat Ramadan selepas sesi solat tarawih 20 rakaat di masjid tersebut.

Acara tersebut akan berlangsung dari 8.30 hingga 11.30 malam.

View post on Instagram
 

Bercakap kepada Berita Harian (BH), pengasas SGFR, Encik Muhammad Haikkel Firdhaus, berkata:

“Misi kami tetap sama, iaitu untuk menggalakkan golongan muda berhubung dengan masjid dan memupuk semangat komuniti.”

Pemuda berusia 23 tahun itu juga menambah bahawa meskipun acara ini pernah mengundang banyak persoalan, beliau tetap teguh dengan misinya.

Bahkan, beliau menganggap acara seperti ini sebagai batu loncatan bagi mereka yang ingin mendekati masjid atau memulakan perjalanan kerohanian mereka terutamanya pada bulan Ramadan.

“Kanak-kanak zaman ini mungkin sukar untuk mengamalkan tabiat pergi ke masjid, jadi dengan inisiatif ini, saya harap ramai yang dapat melihat keindahan bulan Ramadan dan semangat komuniti yang ada,” katanya.

Menurut Encik Haikkel, banyak maklum balas positif diterima daripada komuniti masjid yang melaporkan pendaftaran baru daripada golongan muda yang hadir untuk pertama kali, hasil inisiatif SGFR ini.

Acara ini yang dianjurkan bersama kumpulan sukarelawan belia, MudaSG, serta Masjid Sultan, turut mendapat sokongan daripada beberapa penaja, termasuk gerai burger Burgs dan Cheekies, yang terkenal dengan ayam beku yang sudah diperap.

Burgs dan Cheekies juga akan melancarkan menu Tomyam Burger khas untuk acara ini.

Bagi acara ini, SGFR bakal menyediakan 1,000 pek cemilan dan 400 pek burger untuk diagihkan kepada belia yang hadir.

Antara snek yang bakal diagihkan termasuk Aimrun’s Spicy Fries, Crunchy Gummies, Twisted Gummies, dan Dubai Corn Rings.

Terawih4Youth juga akan dimeriahkan dengan barisan tetamu termasuk pelakon Datuk Adi Putra, personaliti media sosial AimRun, Ridhwan Azman, Don Jany serta Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Sebelum ini, Terawih4Youth telah diadakan di Masjid Al-Islah dan Masjid Assyafaah, menarik lebih 1,000 peserta keseluruhannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg