Usahawan media, Sujimy Mohamad dedah jadi mangsa video palsu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usahawan media, Sujimy Mohamad dedah jadi mangsa video palsu

Mar 3, 2026 | 5:14 PM

Usahawan media, Sujimy Mohamad dedah jadi mangsa video palsu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto dan video Encik Sujimy dimanipulasi oleh penipu yang menggunakan AI untuk menjual jam tangan.
Foto dan video Encik Sujimy dimanipulasi oleh penipu yang menggunakan AI untuk menjual jam tangan. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK @SUJIMY MOHAMAD

Usahawan media dan pencipta kandungan Encik Sujimy Mohamad mendedahkan dirinya menjadi mangsa video palsu yang menyamar sebagai dirinya bagi menjual jam tangan.

Video yang dipercayai dijana dengan kaedah kecerdasan buatan (AI) seolah-olah memaparkan beliau menjual jam tangan berjenama dengan harga diskaun.

Semasa dihubungi Berita Harian (BH), Encik Sujimy berkata beliau sudah menyedari tentang gambar-gambarnya yang dijana AI dan digunakan oleh penipu dalam talian.

Namun, minggu lalu adalah kali pertama beliau melihat videonya sendiri, yang memaparkan beliau di Mekah sambil menjual jam tangan tersebut.

Video tersebut dimanipulasi dengan suara yang mirip dengannya dengan gerak bibir seiring audio yang direka.

Video asal di Mekah dirakam pada Disember 2025.

“Ramai yang menghantar pautan video itu kepada saya, tetapi saya tidak dapat menontonnya kerana penipu sudah menyekat saya. Setelah saya dapat menontonnya melalui hantaran seorang teman, saya betul-betul terkejut,” kata Encik Sujimy, yang berada di Kuala Lumpur sewaktu ditemuramah wartawan.

Beliau mendakwa bahawa ramai pengikutnya telah membeli jam tangan itu, yang berharga sekitar $85 ke atas, tetapi ia merupakan jam tangan berjenama tiruan.

Lantas Encik Sujimy menasihati pembeli yang belum menerima pesanan jam tangan supaya membatalkan pembelian melalui WhatsApp atau menolak penghantaran dengan mengelak pembayaran tunai yang akan dituntut oleh syarikat penghantaran.

Seorang pengikut dan pengguna Facebook, Bai Rashid, menyatakan kesal kerana sudah membeli jam tangan tersebut melalui akaun palsu itu.

“Bang, saya dah terbeli pun jam ni. Bayar $95, jam tangan siap dengan kotak dan sebuah kad jaminan,” katanya dalam ruang komen FB Encik Sujimy.

Seorang lagi, Zainuriah Said, berjaya membatalkan pesanan dan menolak kiriman itu setelah menyedari ia penipuan.

“Saya dapat pautan SMS dari Ninja Van tanpa nombor penjejakan untuk kiriman itu. Tidak ada mod pembayaran lain selain wang tunai. Siapa yang terkena, boleh batalkan saja pesanan,” kata beliau dalam ruang komen itu juga.

Melalui hantaran di Facebook beliau pada 2 Disember lalu, Encik Sujimy menasihati pengikutnya agar memeriksa kesahihan sebarang hantaran berkaitannya dengan memastikan lencana biru pengesahan ada di sebelah nama.

“Cek jumlah pengikut; akaun penipu biasanya tidak ada pengikut. Boleh juga cek dengan saya secara langsung melalui mesej, jangan beli dulu. Saya hanya menjual barang dalam talian di kedaisujimy.com, kedai TikTok @kedaisujimy, dan melalui Shopee @kedaisujimy. Saya tidak menjual barang di tempat lain. Jadi, berhati-hati,” tulisnya di hantaran Facebook.

Terbaru, satu lagi hantaran di akaun palsu itu menggunakan gambar Encik Sujimy dan isterinya, Cik Haslinda Ali, berdiri di depan pusat beli-belah ION, yang direka dengan AI.

“Nak beritahu, penipu timbul lagi ya. Dalam bulan baik ni, mereka terus menggunakan gambar saya dan isteri serta mengubahnya dengan AI. Jadi hati-hati, kami tidak menjual jam tangan dan jangan beli. Gambar yang mereka gunakan itu, AI dan apa yang dikatakan tu tidak benar. Saya dah laporkan berkali pun tidak berjaya, jadi minta bantuan anda kalau nampak posting ini, lapor pada Facebook.

Jangan terpedaya, nanti hilang duit raya,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg