SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Zizi Kirana, Yusuf Bahrin cerai talak satu

Zizi Kirana, Yusuf Bahrin cerai talak satu

Apr 2, 2026 | 11:09 AM

Zizi Kirana, Yusuf Bahrin cerai talak satu

Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 2 April.
Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 2 April. - Foto FACEBOOK OH MY MEDIA

SHAH ALAM: Pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 2 April.

Perceraian Zizi dan Yusuf yang bernikah pada 19 September 2021, berlangsung secara baik di hadapan hakim syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Perceraian itu menamatkan spekulasi status hubungan Zizi dan Yusuf yang sebelum ini menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Peguam syarie mewakili plaintif, Zizi, iaitu Cik Noorhaiza Mariena Mat Ramli, berkata prosiding perceraian itu berlangsung secara baik mengikut persetujuan bersama, lapor Berita Harian Malaysia.

“Saya Haiza, iaitu bagi pihak Zizi serta hadir bersama Zizi dan Yusuf, pada hari ini. Prosiding hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling adalah satu permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 yang mana pihak-pihak, iaitu Zizi dan juga Yusuf, kedua-duanya bersetuju untuk permohonan perceraian ini.

“Pada hari ini, di mahkamah ini, di hadapan Hakim Mohd Syaifullah Hamzah direkodkan satu lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raj’ie.

“Jadi, kedua-duanya (Zizi dan Yusuf) menjalankan kes pada hari ini dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas prosiding permohonan perceraian.

Bagaimanapun, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 41 tahun, yang memfailkan permohonan cerai itu, enggan mengulas lanjut.

“Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insya-Allah... Terima kasih semua,” katanya.

Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34 tahun, selaku defendan yang dilihat menahan sebak selepas selesai prosiding itu, memohon doa yang baik-baik dari semua.

Zizi dan Yusuf mencuri perhatian apabila dilihat menyambut Hari Raya secara berasingan tahun ini.

Perhatian itu timbul selepas kedua-duanya memuat naik foto sambutan 1 Syawal dalam media sosial masing-masing secara sendirian, tanpa pasangan di sisi.

Yusuf dilihat berkongsi foto bersama ahli keluarganya ketika meraikan hari lebaran, sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan pengikut mengenai keberadaan isterinya.

Yusuf memuat naik foto dengan kapsyen ringkas, iaitu raya dalam suasana tenang.

Zizi tampil berkongsi gambar sendirian, tanpa kehadiran Yusuf dalam hantaran media sosial.

Perkongsian berasingan itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, apatah lagi pasangan berkenaan sebelum ini sering dilihat bersama dalam pelbagai acara dan perkongsian di media sosial.

Bagaimanapun, baik Zizi atau Yusuf, masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi tersebut.

Sebelum ini, rumah tangga Zizi dan Yusuf itu menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Pasangan ini bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg