Berbuka puasa bersama eratkan keluarga

Mar 18, 2024 | 3:32 PM
(kanan, duduk) Kenangan manis Cik Jamaliah berbuka puasa bersama anak-anak dan cucu-cucu pada Ramadan 2023.
(kanan, duduk) Kenangan manis Cik Jamaliah berbuka puasa bersama anak-anak dan cucu-cucu pada Ramadan 2023. - Foto ihsan Jamaliah A.Hejaz

Gambar kenangan Cik Jamaliah A.Hejaz berbuka puasa bersama keluarga tersayang semasa Ramadan pada 2023 di restoran Sakura yang terletak di Simei. Beliau berkongsi rasa tenang dan bahagia apabila dapat berkumpul bersama anak-anak dan lima cucunya setiap Ramadan.

Menurut beliau, lazimnya mereka anak beranak akan berkumpul dan berbuka di rumah beliau dan suami manakala ada kalanya berbuka di rumah ketiga-tiga anak perempuannya. Ada masanya juga mereka akan bersepakat untuk berbuka di restoran yang dicadangkan.

“Semua setuju, itulah yang cerianya. Kata sepakat, semuanya menjadi berkat. Kehidupan yang bahagia bermula dari rumah yang keluarga semua ceria,” kongsi beliau dalam kirimannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg