Menangi baucar dalam peraduan foto bertema Ramadan

Feb 26, 2024 | 6:13 PM
Kemeriahan bazar Ramadan pastinya antara kenangan unik semasa bulan itu.
Kemeriahan bazar Ramadan pastinya antara kenangan unik semasa bulan itu. - Berita Harian

Ramadan oh Ramadan! 

Sempena Ramadan yang bakal menjelma, para pembaca boleh berkongsi apa sahaja kenangan yang terakam dalam bentuk foto pada bulan itu. 

Ramadan telah dipilih sebagai tema dalam peraduan bulanan mata-mata yang julung-julung kalinya dianjurkan, kerana ia bukan sahaja merupakan bulan yang penuh bermakna untuk masyarakat Melayu/Islam tetapi banyak kegiatan dilakukan bersama. 

Antara tujuan peraduan ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pembaca yang sedia berkongsi kenangan bersama rakan pembaca lain. 

Tiga penyertaan terbaik akan dipilih dan penyertaan terbaik akan memenangi baucar beli-belah bernilai $100. Dua pemenang lain akan menerima baucar beli-belah bernilai $50.

Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya. 

Kami menerima apa sahaja foto - yang baru mahupun lama. 

Misalnya, suasana berbuka puasa pada 1950-an atau kenangan menjalankan solat tarawih bersama keluarga ketika pandemik Covid-19. 


Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg