Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

BH ajak pembaca jadi ‘mata-mata’, kongsi berita, gambar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembaca boleh sumbang gambar, berita dan sertai peraduan bertema

BH ajak pembaca jadi ‘mata-mata’, kongsi berita, gambar

Feb 24, 2024 | 12:50 PM



Berita Harian (BH) akan melancarkan satu ciri baru di laman webnya, sebahagian usaha berterusan untuk mendekati para pembaca dan menambah interaktiviti dengan mereka. 

Ini sejajar dengan strategi dan pendekatan digital yang diambil oleh akhbar ini bagi memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat pada masa kini. 

Ciri baru yang dinamakan ‘mata-mata’, membolehkan pembaca dan pengguna laman web turut menyumbang kandungan seperti berita, maklumat, video dan gambar. 

Mereka boleh menyumbang menerusi tiga kategori – berita masyarakat, gambar nostalgia dan peraduan bertema bulanan. 

Pembaca yang menyertai peraduan bulanan juga berpeluang memenangi hadiah seperti baucar membeli-belah. 

Ciri baru itu akan dilancarkan pada 29 Februari.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai daya usaha itu, Editor Berita Harian/Minggu, Encik Nazry Mokhtar, berkata:

“Ciri baru ini adalah salah satu usaha berterusan BH untuk memperkukuhkan interaktiviti laman web kami.

“Ia akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan usaha untuk mendekati para pembaca kami secara digital di samping membuka ruang untuk mereka menyumbang kandungan. 

“Menerusi ciri baru ini, pembaca berpeluang untuk menyumbang maklumat, berita, gambar dan video yang menarik serta bermanfaat untuk dikongsi dengan masyarakat. 

“Ini sekali gus akan menggalak para pembaca agar menjadi ‘mata-mata’ kami.”

Bagi peraduan bulanan yang sulung pada Mac ini, tema ‘Ramadan’ telah dipilih bersempena Ramadan yang jatuh pada bulan itu.

Para pembaca boleh menyumbang gambar mereka yang berkaitan dengan Ramadan dahulu dan sekarang. 

Misalnya, suasana berbuka puasa pada 20 tahun lalu dan kenangan menjalankan solat tarawih bersama anggota jemaah di masjid. 

Tiga penyertaan terbaik berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Bagi menyertai peraduan itu, para pembaca hanya perlu melungsuri laman web beritaharian.sg dan mencari ikon butang ‘mata-mata’ serta mengirimkannya menerusi e-mel yang tertera. 

Di samping itu, usaha lain yang dijalankan BH untuk merangsang daya interaktiviti lamannya ialah alat terjemahan.

Ia membolehkan pembaca menterjemah laporan berita daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dengan serta-merta.

Alat itu telah mendapat pengiktirafan di Anugerah Media Digital Asia 2021 WAN-IFRA, dengan meraih perak dalam kategori Projek Terbaik bagi Kecelikan Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >