Dalam kiriman foto oleh Cik Faridah Hanum Abdul Hamis, beliau melahirkan penghargaan ke atas ibunya, Cik Hajah Kamisah Amat.
Sebagai anak sulung, setiap tahun Cik Faridah akan mengaturkan sambutan Hari Ibu. Setiap kali juga, beliau bersyukur kerana masih dapat menyambut Hari Ibu bersama ibunya.
Cik Faridah turut berterima kasih atas jasa ibunya kerana melahirkan serta memberikan sokongan yang tidak terhenti ke atasnya.
“Walaupun saya juga seorang ibu, saya masih memerlukan ibu. Semoga Allah swt sentiasa melimpahkan rezeki, memberi kesihatan dan taqwa kepada ibu,” ucap beliau dalam mesej kirimannya itu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg