Memori bercuti di KL bersama ibu
May 26, 2024 | 8:54 PM
(kiri) Cik Chantek Lias bergambar bersama ibunya, Cik Seamah Sulaiman, dan anak keduanya, (duduk di lantai) Cik Diyanawati di Menara KL semasa bercuti. - Foto ihsan Chantek Lias
Dalam kiriman gambar oleh Cik Chantek Lias, beliau mengenang kembali saat beliau bersama ibu dan anaknya berdiri di Menara KL, sebuah bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.
Walaupun ia merupakan pengalaman ngeri kerana diuji dengan ketinggian yang menakutkan, keluarga tiga generasi itu memberanikan diri untuk sama-sama menghadapi pengalaman yang dianggap menggerunkan.
Cik Chantek yang meluahkan penghargaan buat ibunya berkata:
“Terima kasih kerana selalu berada di sisi saya dan saya doakan ibu selalu sihat.”
Laporan berkaitan
Susah senang ibu harungi bersama May 24, 2024 | 3:28 PM
Mamaku, tiada pengganti...May 9, 2024 | 10:51 AM

