Setelah lima tahun tidak menjejak kaki ke halaman kampung, Cik Juniati Idris melahirkan rasa gembira dapat menyambut Hari Raya Haji tahun ini di Tanjung Pinang bersama keluarganya.
Memeriahkan lagi suasana, Cik Juniati Idris berkongsi dalam kirimannya, mengenai saat anak lelakinya berpeluang bermain mercun dan bunga api di sana, yang jarang dapat dinikmati di Singapura.
Ternyata, ini merupakan Hari Raya Haji yang amat bermakna buat keluarganya kerana dapat menyaksikan sendiri ibadah korban yang dilakukan di masjid yang berdekatan rumah keluarga beliau.
Cik Juniati turut bercerita tentang suasana raya yang semakin terasa ketika laungan takbir raya dimainkan di masjid berdekatan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg