Musim haji kini tiba lagi.
Tentunya ramai di antara kita yang mempunyai kenangan manis atau memori tidak dapat dilupakan semasa menjalankan ibadah haji mahupun ketika melakukan korban.
Sempena Hari Raya Haji pada Jun ini, mata-mata mengajak anda berkongsi kenangan itu bersama dengan pembaca lain dalam peraduan bulanan kali ini.
Gambar memori yang ingin dikongsi boleh memaparkan apa sahaja kenangan berkaitan dengan tema Hari Raya Haji.
Misalnya, foto anda sebagai jemaah Haji, menghantar orang tersayang melaksanakan rukun Islam itu, menyiapkan juadah di pagi Raya atau semasa menanti melakukan ibadah korban.
Tiga penyertaan terbaik akan dipilih dan penyertaan terbaik akan memenangi baucar beli-belah bernilai $100. Dua pemenang lain akan menerima baucar beli-belah bernilai $50.
Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya.
Kami menerima apa sahaja foto - yang baru mahupun lama.
Ayuh kirimkan foto anda sekarang!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg