Siapa tidak suka melancong ke luar negara? Memang seronok kalau dapat melihat negara orang!
Sempena cuti Disember, mata-mata mengajak anda berkongsi kenangan percutian yang sukar dilupakan bersama dengan pembaca lain dalam peraduan bulanan kali ini.
Gambar yang ingin dikongsi boleh memaparkan apa sahaja kenangan berkaitan dengan tema percutian.
Misalnya, foto anda bermain salji di Switzerland atau bersantai-santai di tepi pantai Bali bersama keluarga atau sahabat.
Tiga penyertaan terbaik akan dipilih dan penyertaan terbaik akan memenangi baucar.
Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya.
Kami menerima apa sahaja foto - yang baru mahupun lama.
Ayuh kirimkan foto anda sekarang!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg