Seringkali kita terkenang semula zaman keseronokan semasa kanak-kanak kerana ia merupakan era dalam kehidupan kita yang sukar dilupakan.

Lazimnya ia dipenuhi dengan kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan.

mata-mata mengajak anda berkongsi kenangan manis atau yang tidak dapat dilupakan sepanjang zaman kanak-kanak anda, bersama dengan pembaca lain dalam peraduan bulanan kali ini.

Pembaca boleh berkongsi gambar kenangan seperti pengalaman bermain teng-teng dan lompat getah bersama kawan-kawan sebaya mahupun menyambut hari ulang tahun bersama keluarga.

Tiga pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!

Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya. 

Kami menerima apa sahaja foto - yang baru mahupun lama. 

Ayuh kirimkan foto anda sekarang!