Bagi Cik Rohana Muhammad, bersahabat tidak kira apa sahaja bangsa.

Dalam perkongsiannya, Cik Rohana mengirim gambar menjamu selera dan bersiar-siar bersama rakan-rakan seperjuangannya.

Empat sekawan itu yang menjalani kelas di Institut HMI telah bermakan malam di Lau Pa Sat dengan makanan kegemaran mereka, iaitu satay dan kemudian bersiar-siar di Sungai Singapura sambil menikmati lampu- lampu yang bergemerlapan indah sempena perayaan Krismas.

“Memori 2024 ini sangat indah kerana saya gembira dan bangga mempunyai teman yang berlainan agama dan bangsa sama-sama menimba ilmu, makan dan berlibur. Itulah dinamakan Rakyat Singapura!” kata Cik Rohana.

Laporan berkaitan