Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penting melabur dalam hadapi inflasi, kos hidup yang meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Penting melabur dalam hadapi inflasi, kos hidup yang meningkat

Apr 11, 2023 | 05:00 AM





DENGAN inflasi dan kos kehidupan yang semakin meningkat di Singapura, adalah penting untuk masyarakat memikirkan cara untuk mengembangkan wang mereka menerusi pelaburan, kata Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Encik Abdul Halim Abdul Rashid.



Namun untuk melakukan ini, masyarakat harus menimba pengetahuan yang tepat dan rajin membuat kajian agar dapat membuat keputusan pelaburan yang bijak dan bersesuaian dengan peringkat kehidupan mereka. 



Encik Abdul Halim berkata demikian semasa membincangkan topik ‘Bagaimana kembangkan duit anda?’, dalam sesi podcast #NoTapis yang dianjurkan secara langsung di Anjung@Wisma Geylang Serai. 



Sesi podcast itu yang dihoskan penulis, adalah acara pembuka tirai bagi gerai Berita Harian (BH), Bhazar pada 31 Mac lalu. 



Menurut Encik Abdul Halim, umumnya, masyarakat Melayu/Islam kini lebih terbuka kepada konsep pelaburan dan sedar tentang pentingnya pelaburan. 



Dalam hal ini, kata beliau, terdapat beberapa faktor yang perlu ditimbangkan seperti peringkat kehidupan dan profil risiko.



“Sebelum melabur, kita harus tanya diri sendiri apakah matlamat yang ingin dikecapi serta menetapkan strategi perbelanjaan dan simpanan.



“Misalnya, ada mahu membina dana kecemasan, menyimpan untuk persaraan, ke tanah suci atau hendak berkahwin,” ujarnya. 



Encik Abdul Halim menjelaskan, faktor pertama yang harus diambil kira ialah mengetahui tahap toleransi risiko pelaburan anda. 



“Anda harus meneliti, apakah perbezaan antara jenis pelaburan dan kelas-kelas aset. Banyak yang tertumpu pada risiko dan pulangan. Secara amnya, semakin tinggi potensi pulangan, semakin tinggi potensi risiko kerugian dan sebaliknya. 



“Jadi mungkin lebih baik mengambil risiko yang sederhana, atau bersikap konservatif, meraih keuntungan yang tidak terlalu tinggi.



“Bagi saya, jika kadar pulangan atau keuntungan diraih melebih kadar inflasi 4 peratus atau 5 peratus, boleh dianggap cukup baik,” terang beliau. 



Faktor kedua yang perlu ditimbangkan ialah memastikan ada kepelbagaian dalam pelaburan yang dibuat, jelas Encik Abdul Halim. 



“Memilih campuran pelaburan daripada pelbagai kelas aset dapat membantu menguruskan risiko. Ini kerana sesetengah pelaburan cenderung meningkat nilainya, sementara yang lain pula menurun.



“Contohnya, bila nilai saham naik, bon akan turun, dan sebaliknya. 



“Faktor akhir sekali, buat semakan semula secara bertempoh ke atas pelaburan itu untuk memastikan pelaburan itu masih menepati matlamat yang ditetapkan. Apa yang penting juga, dalam membuat pelaburan, kita harus mengetepikan emosi dan tidak mengikut perasaan,” nasihat beliau. 



Encik Abdul Halim turut menambah bahawa pelaburan itu dibuat mengikut tahap kehidupan seseorang.



Umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan seperti tahap mewujudkan kekayaan bagi mereka yang muda dan baru mula bekerja, justeru lebih cenderung kepada jenis pelaburan berisiko tinggi.



Selain itu, ada juga peringkat memelihara kekayaan bagi golongan sudah berumah tangga dan ada tanggungan yang tidak mahu terdedah kepada risiko pelaburan yang tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >