Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Restoran AquaMarine kini dikenali sebagai Restoran Peppermint, menawarkan konsep baru makanan segar

Feb 23, 2021 | 05:30 AM

RESTORAN Peppermint, yang sebelum ini dikenali sebagai AquaMarine, menawarkan konsep baru iaitu, ‘farm to table’, di mana tetamu dapat menjamu selera hidangan bufet ala carte yang dimasak dengan menggunakan ramuan segar yang dihasilkan dari ladang atau tempat perternakan.

Malah, ada juga ramuan yang digunakan daripada hasil tanaman dan penternakan tempatan.

Bagi yang dambakan sajian yang lebih sihat, mereka juga boleh memilih untuk menikmati juadah berasaskan tumbuhan.

Terletak di tingkat empat Hotel PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, restoran baru ini mempunyai ladang sendiri di tengah-tengah bandar.

Ladang ini mempunyai pelbagai herba, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang digunakan sebagai bahan masakan, hiasan dan haruman pada setiap hidangan.

Berita Popular

Lantaran itu, tetamu boleh menikmati hidangan dalam suasana tenang dengan pemandangan taman serta latar langit Marina Bay yang indah.

Bufet ala carte restoran ini menawarkan aneka pilihan hidangan setempat dan antarabangsa, yang disediakan secara segar dari dapur restoran - yang berkonsepkan terbuka - sebelum dihidangkan di meja.

Tetamu boleh menikmati makanan laut yang dihasilkan secara berdaya tahan. Ini termasuk tiram, udang galah, kupang serta daging kambing dan lembu yang lembut dan juga pelbagai hidangan istimewa yang lain mengikut tema gastronomi setiap bulan.

Sebagai pencuci mulut, restoran itu juga menyediakan manisan- manisan seperti pengat durian, kuih-muih dan pelbagai jenis kek.

Seandainya tetamu ingin memilih daripada hidangan ala carte, mereka juga boleh mencuba hidangan yang berasaskan tumbuhan seperti Guilt-free Burger, daging lembu yang diperbuat daripada bahan tanaman yang dihidangkan dengan sayur ‘kale’ yang disalut bersama oatmeal, roti brioche dan kentang goreng.

Hidangan ala carte restoran ini turut menawarkan hidangan ikan baramundi dengan emulsi soya madu dan nasi kubis bunga.

Hidangan kegemaran warga Singapura seperti Laksa Udang Karang Singapura dan Nasi Ayam Hainanese juga disediakan.

Restoran Peppermint diterajui Cef Eksekutif, Encik Chan Tuck Wai, yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kulinari.

Cef ialah seorang yang kreatif, inovatif dan pernah memenangi anugerah kulinari. Beliau juga telah mewakili Singapura dalam pelbagai pertandingan kulinari antarabangsa dan pernah diundang sebagai cef tetamu di Istana.

Beliau juga dikenali sebagai cef yang sentiasa mencipta hidangan baru dan menarik selain mengutamakan kualiti makanan yang bermutu tinggi.

Restoran Peppermint boleh menampung seramai 202 tetamu. Ia turut menerima tempahan majlis perkahwinan dan pasangan bakal pengantin boleh menyesuaikan menu dan tema majlis perkahwinan tersendiri.

Bufet ala carte berharga $65++ bagi setiap dewasa dan $32.50++ bagi setiap kanak-kanak (enam hingga 12 tahun) untuk hidangan tengah hari dan $88++ bagi setiap dewasa dan $44 bagi setiap kanak-kanak (enam hingga 12 tahun) untuk hidangan makan malam.

Restoran Peppermint di Hotel PARKROYAL COLLECTION Marina Bay dibuka setiap hari -sarapan: 6.30 hingga 11 pagi; tengah hari: 12 hingga 2.30 petang (Isnin hingga Jumaat) /12 hingga 3 petang (Sabtu, Ahad dan cuti umum); malam: 6.30 petang hingga 11 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 6845-1112 atau e-mel peppermint.prsmb@parkroyalhotels.com.

KHAS UNTUK PEMBACA BERITA HARIAN

  • Nikmati potongan 25% bagi bufet ala carte apabila anda sebut ‘BH’ semasa tempahan.

  • Promosi untuk dewasa sahaja. Maksimum lima dewasa.

  • Perlu buat tempahan terlebih dahulu.

  • Hanya boleh digunakan jika anda makan di restoran Peppermint dari 27 Februari hingga 31 Mac 2021.

  • Tidak boleh digunakan pada Hari Cuti Umum dan hari sebelumnya.

  • Tidak boleh digunakan dengan diskaun, baucar, dan promosi lain.

Nota: Rencana ini dibawakan oleh Hotel PARKROYAL COLLECTION Marina Bay.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map