Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Memanfaatkan setiap ruang tanah demi kehidupan bermutu tinggi

Nov 30, 2013 | 10:37 PM

DRAF Pelan Induk 2013 yang didedahkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) baru-baru ini jelas membayangkan kesungguhan pemerintah mahu memanfaatkan sebaik-baiknya setiap sudut negara yang seluas 700 km persegi ini demi mewujudkan kehidupan bermutu tinggi untuk warga. Beberapa kawasan perumahan baru di Holland Village, Kampong Bugis dan Marina South akan dibangunkan. Ia bukan setakat membina perumahan untuk didiami penduduk. Bahkan, draf pelan induk itu merangkumi pelbagai aspek lain seperti mewujudkan pekerjaan dekat dengan tempat kediaman, meluaskan ruang hijau untuk riadah, memelihara jati diri dan warisan, mempromosi basikal sebagai kaedah pengangkutan alternatif, dan menyediakan ruang awam bagi memperkukuh interaksi sosial.

Namun kesemua kemudahan dan prasarana itu hanya merupakan aspek fizikal atau hadwe yang boleh disediakan asal kita cukup wang. Ia tidak akan lengkap tanpa diiringi pembangunan dari sudut sofwe atau jiwa dan semangat penduduk yang mendiami negara ini. Ini termasuk sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa - bukan sahaja antara sesama manusia, bahkan terhadap alam sekitar. Ia bererti kita harus terus memupuk sifat berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, bersopan santun, tolong- menolong dan semangat kejiranan yang tinggi. Kesemua ini hanya dapat diwujudkan dan ditingkatkan dengan kesedaran serta usaha bersungguh-sungguh di pihak penduduk kita sendiri agar bekerjasama dengan pemerintah demi mencapai kehidupan lebih bermutu. Tanpa itu semua, Singapura hanya akan cantik secara luaran tetapi tidak pada jiwa dan semangat penduduknya. Tentunya bukan ini yang kita harapkan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >