Kegagalan menembusi segmen pengundi Melayu dilihat menjadi ancaman terbesar kepada kelangsungan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH), yang jika tidak ditangani, berisiko menyaksikan gabungan itu terus berdepan siri kekalahan dalam pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang, menurut penganalisis politik.
Pensyarah Pengajian Dasar di Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, berkata tiga punca utama kekalahan...





