FATWA berkaitan pemakaian tudung dalam perkhidmatan pakaian seragam yang diterbitkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam bertujuan memberi panduan keagamaan dan prinsip syariah bagi masyarakat Islam dan wanita Muslim yang dimaksudkan.
Ia diharap dapat menjawab kemusykilan tentang pemakaian tudung dalam sektor penjagaan kesihatan, dan membimbing masyarakat Islam berdasarkan prinsip dan nilai agama sesuai dengan situasi masing-masing.





