NEW YORK: Gangguan perjalanan udara di Amerika Syarikat berterusan untuk hari ketiga dengan lebih 11,500 penerbangan terjejas pada 15 November, tetapi Setiausaha Pengangkutan Amerika, Encik Sean Duffy, meramalkan keadaan akan kembali normal menjelang 16 November.
Kenyataan ini dibuat sedang syarikat-syarikat penerbangan bertungkus-lumus untuk kembali mengikut jadual, susulan arahan penggantungan seluruh sistem penerbangan sebelum ini.





