PILIHAN raya negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 November ini akan menjadi ujian terbesar bagi dua pemimpin utama Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perhitungan terbesar adalah dalam memastikan Dr Ahmad Zahid mampu meyakinkan pucuk pimpinan, ahli dan penyokong parti bahawa kedudukannya sebagai Presiden Umno mampu mengembalikan semula tanah Hang Tuah...





