Di sebalik perpecahan global yang semakin meruncing sehingga menyukarkan kerjasama antarabangsa, Asean kekal komited memperkukuh kerjasama pelbagai hala serta mewujudkan keadaan yang membolehkan rakyatnya mengecapi kemakmuran, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Bagi blok serantau itu, penyelesaian terhadap cabaran semasa adalah dengan memperkukuh kerjasama pelbagai hala serta menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata beliau ketika berucap di Sidang Kemuncak...





