PELANGGAN pusat penjaja rata-rata lebih berwaspada dan patuh terhadap peraturan membersihkan pinggan-mangkuk, dulang serta sisa makanan selepas menjamu selera dengan langkah penguatkuasaan peraturan itu mula berlangsung semalam.
Tinjauan Berita Harian (BH) di pusat penjaja Haig Road mendapati kebanyakan pelanggan kelihatan mematuhi peraturan itu dengan membersihkan meja mereka sendiri selepas makan dan memulangkan pinggan, cawan dan dulang mereka di tempat letaknya...





