Mulai 23 November, pengembara ke Johor Bahru dan pulang ke Singapura boleh menempah teksi menerusi aplikasi Zig by ComfortDelGro (CDG) antara tujuh hari hingga empat jam sebelum perjalanan, dengan tambang tetap dipaparkan terlebih dahulu.
Tempahan juga boleh dibuat menerusi talian 6552-1111. Perkhidmatan rentas sempadan itu berkhidmat 24 jam sehari.





