CAHAYA 'Tribute in Light' (Penghormatan Dalam Cahaya) memancar di kaki langit New York, Amerika Syarikat sempena ulang tahun serangan pengganas 9/11 ke-20 (gambar atas).
Rakyat Amerika memperingati ulang tahun serangan itu semalam dengan perhimpunan yang 'diwarnai' dengan pengunduran keluar tentera Amerika dari Afghanistan dan kembalinya Taleban berkuasa di negara itu.





