Singapura akan memberi tumpuan kepada penyepaduan pasaran merentas sempadan serta memperkukuh hubungan dengan rakan kongsi selaku pengerusi Asean pada 2027.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mendedahkan tema untuk kepengerusian Singapura – ‘Penyepaduan Lebih Mendalam, Kerjasama Lebih Luas’ (Deeper Integration, Wider Partnerships) – berikutan penyerahan simbolik tukul pengerusi daripada Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, kepada Singapura di majlis penutup Sidang...





