PEMERINTAH berusul mendapatkan kuasa baru mengatasi percubaan pihak asing yang mahu mempengaruhi politik domestik dan mengapi-apikan ketegangan sosial di bawah satu rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Rang Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas) itu akan memberikan pemerintah pelbagai kuasa, termasuk mengarah penyedia khidmat Internet dan media sosial memberikan maklumat mengenai pengguna, memadamkan kandungan dalam talian dan menyekat...





