Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Singapura mampu menangani impak daripada langkah pengetatan kawalan eksport cip kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat yang terkini.
Ini sambil beliau menjelaskan bahawa jumlah tinggi cip yang dirakamkan sebagai jualan ke negara ini sebahagian besarnya merupakan pemindahan sementara sebelum dibawa ke destinasi sebenar dan bukannya untuk kegunaan domestik.





