SEKITAR 45 keluarga benefisiari di bawah Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) kini berpeluang memberikan sokongan mereka dalam kemampanan sekitaran dan kehijauan menerusi kegiatan menanam pokok hasil kerjasama dengan Lembaga Taman Negara (NParks).
Kerjasama di bawah gerakan 'OneMillionTrees' itu akan membolehkan 45 keluarga dengan sekitar 140 anggota keluarga itu menyertai kegiatan menanam pokok sepanjang tiga hujung minggu di tiga taman...





