Bagi seniman tersohor, Datuk M. Nasir, kejayaan sesebuah karya seni bukan sekadar diukur melalui sambutan penonton atau popularitinya, sebaliknya sejauh mana karya itu mampu meninggalkan kesan terhadap perkembangan budaya dan masyarakat.
Prinsip tersebut terus menjadi pegangannya selepas lebih lima dekad berkecimpung dalam industri muzik, termasuk ketika menghasilkan teater muzikal Mansur & Liu, yang mendapat sambutan positif.




