MASJID Hajjah Fatimah ditutup pada Selasa (21 September) mulai waktu Zuhur hingga Isyak bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan selepas satu kes positif Covid-19 dikenal pasti berkunjung ke situ.
Dalam satu pos Facebook, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memaklumkan bahawa masjid di Beach Road itu akan dibuka semula pada waktu Subuh pada Rabu (22 September).





