Johor dan Singapura akan membiayai bersama kajian dengan anggaran perbelanjaan RM220,000 untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan majikan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), bagi membantu anak Johor mengisi peluang pekerjaan di negeri itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, memperincikan pembiayaan Kajian Jurang Bakat dan Kemahiran Johor-Singapura (Johor-Singapore Talent and Skill Gap Study) itu ketika membentangkan Belanjawan Johor...





