Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah), menunjukkan teks ucapan Belanjawan Johor 2027, di Dewan Negeri Johor, Iskandar Puteri. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abdul Kadir (kanan), dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohd Noorazam Osman (kiri).
MalaysiaNov 19, 2026 | 5:32 PM

Johor jangka jumlah pendapatan negeri pada 2026 melebihi RM3b buat kali pertama

ISKANDAR PUTERI (Johor): Hasil negeri Johor dijangka melepasi RM3 bilion ($939 juta) buat kali pertama dalam sejarahnya menjelang akhir 2026, selepas kutipan mencecah RM2.8 bilion setakat pagi pembentangan Belanjawan Johor 2027.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kutipan itu bersamaan 110 peratus daripada anggaran asal hasil negeri bagi 2026. Ini menunjukkan kutipan sudah melebihi unjuran awal sebanyak 10...

Ketua Program Keselamatan Global dan Strategi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim (berdiri), sedang membimbing  peserta tentang cara menguruskan krisis dengan berkesan menerusi kursus selama dua hari yang dianjurkan di SUSS.
SingapuraNov 19, 2026 | 5:57 PM

Program kenali cara siap sedia hadapi krisis dalam masyarakat

Apakah yang perlu dilakukan apabila perkhidmatan penting atau sistem sokongan masyarakat dan penjagaan terganggu akibat penularan wabak penyakit?

Persoalan ini antara perkara yang boleh dipelajari menerusi satu program baharu selama dua hari mengenai pengurusan krisis dan gangguan besar-besaran yang diperkenalkan secara rintis oleh Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) bertemu Presiden Vietnam, Encik To Lam, di sisi acara Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AELM) ke-33 pada 18 November.
SingapuraNov 19, 2026 | 5:55 PM

PM Wong temui pemimpin Vietnam, Chile serta Peru

SHENZHEN: Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengadakan pertemuan dengan pemimpin Vietnam, Chile dan Peru pada 18 November di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) selama dua hari, ketika beliau memulakan lawatan ke China.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama serantau, perdagangan, ekonomi digital serta kredit karbon.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah), menunjukkan teks ucapan Belanjawan Johor 2027, di Dewan Negeri Johor, Iskandar Puteri. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abdul Kadir (kanan), dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohd Noorazam Osman (kiri).
MalaysiaNov 19, 2026 | 5:24 PM

Johor, S’pura biayai kajian kemahiran bagi pekerjaan JS-SEZ

Johor dan Singapura akan membiayai bersama kajian dengan anggaran perbelanjaan RM220,000 untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan majikan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), bagi membantu anak Johor mengisi peluang pekerjaan di negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, memperincikan pembiayaan Kajian Jurang Bakat dan Kemahiran Johor-Singapura (Johor-Singapore Talent and Skill Gap Study) itu ketika membentangkan Belanjawan Johor...

Program ITE Mentoring Collective akan menghubungkan pelajar dengan mentor yang dapat membantu mereka mengharungi kehidupan di kampus, meneroka pilihan kerjaya dan membuat persediaan untuk memasuki alam pekerjaan.
SingapuraNov 19, 2026 | 4:50 PM

Semua pelajar ITE bakal terima bimbingan mentor jelang 2030

Semua pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berpeluang menerima bimbingan mentor menjelang 2030 menerusi langkah baharu yang menyediakan 10,000 peluang bimbingan setahun.

Program ITE Mentoring Collective akan menghubungkan pelajar dengan mentor bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus, meneroka pilihan kerjaya dan membuat persediaan memasuki alam pekerjaan.

Sidang Kemuncak Asean, Filipina, S’pura, PM Wong
SingapuraNov 19, 2026 | 4:28 PM

Asean 2027: Ujian kepimpinan S’pura di ambang jubli intan

Tukul pengerusi diserahkan secara rasmi daripada tangan Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, kepada tangan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di atas pentas, diiringi tepukan gemuruh oleh para hadirin di majlis penutup Sidang Kemuncak Asean ke-49 di Manila, Filipina.

Penyerahan simbolik itu sekali gus menandakan bermulanya giliran Singapura menerajui blok serantau itu pada 2027.

Pengalaman unik menginap dalam Boeing 747 di JB
Play Video

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video