Tahap keandalan rangkaian MRT merosot sedikit pada Oktober apabila dua daripada lima laluan utama mencatat penurunan prestasi.
Antara November 2025 dengan Oktober 2026, tren MRT mencatat purata 3.14 juta kilometer-tren (km-tren) antara gangguan melebihi lima minit, menurut satu laporan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 19 November.





